Ahad, 29 September 2013

KEPERLUAN VS KEFARDUAN

   Sedar-sedar dah setahun lebih aku meninggalkan alam perguruan.Terkini aku bertatih dari sepohon getah ke sepohon, belajar-belajar menoreh dah !Memesrai pohon getah merasai langsung perit-getir hayat sang penoreh.Pengalaman pertama peluh berderau persis titisan susu getah yang mengalir.Pun teringat ungkapan pemikir dakwah ," tuan-tuan yang mulia getah bukan datang daripada pohon ,tetapi daripada khazanah Alloh.Bila ditoreh,susunya yang mengalir, tetapi kalau ditebang atau dipotong tidak kelihatan susunya..sah susu getah langsung daripada khazanah Alloh.Berapa titis yang akan terhasil daripada sebatang pohon,ada yang laju alirannya,ada yang perlahan ,ada yang beku terus ,tidak kurang yang kontang semuanya dalam perancangan,iradat,qudrat  Yang Maha Kuasa.Kau cuma menggerakkan pisau pemotong, tidak lebih daripada itu.Kenapa kita merasakan rezeki ini dari saya,usaha saya,kalau tidak masakan terhasil.Tebalnya hijab sehingga manusia tenggelam dalam tumpuan rezeki, langsung lupa kepada pemberi rezeki.Inilah yang telah berlaku kepada kaum Sabak yang telah dimusnahkan oleh Alloh,Pemberi rezeki.Lantas kita perlu lonjakkan martabat kita dengan menjalankan usaha ikhtiar sebagai ibadah tapi hati-qalbu berpaut kemas kepada Rob..Alangkah zalimnya hamba dek kerana beberapa titis susu getah,sekelumit butiran padi,pejabat yang selesa,toko yang disibukkan,ladang yang dirajai, samudra yang dilayari, famili yang disantuni,anak isteri yang dikasihi melupuskan rukuk dan sujud kita...dan lebih dahsyat lagi kita meminjam lagak sombong firaun-qarun,'Aad-samud,Abu Jahal Abu Lahab,sebagai gerak-tutur kita...mohon perlindungan Alloh!
     Untuk keselamatan umat sejagat,pemikir umat telah muncul dengan gagasan pengembalian umat kepada usaha rintisan Rasul SAW iaitu dakwahtulloh.Memimjam kata-kata Imam Malik RH ,bahawa umat ini tidak akan dapat diislahkan melainkan kembali kepada kaedah uslub pengislahan umat awal yakni para sahabah RA.Kurun terbaik ialah 300 tahun awal dan permata kurun pertama ini harus digilap,dihidupkan kembali.Pokok usaha ialah pengorbanan setiap umat,tumpuan kepada usaha,daripada harian ,mingguan,tahunan,dengan diri masa,harta...menapak dari pintu kepintu,desa ke benua,menyampaikan kalimah,membesarkan Alloh,meremehkan makhluk dengan berpaksikan masjid sebagai pusat usaha.Ya,dalam era cyber yang mengkelabui umat,melena-lalaikan umat tentu kaedah tertib ini dicop,jumud,asing,konservertif,kuno,terkebelakang,mundur dan seribu satu macam label negatif !Biarkan memang Addin Versi asal akan kembali asing dann dagang dan beruntunglah pedagang-pedagang ini...Pedulikan!Inilah petanda haknya usaha ini, iatu penentangan segelintir umat...namun usaha harus disirami dengan lautan perasaan kasih-cinta  kepada umat dan aliran air mata sendu dihadapan Rob di kalbu dingin malam dalam dakapan tahajjud