Isnin, 7 Oktober 2013

TEGUH DENGAN KELAINAN...............

  Dengan Nama Alloh Yang Amat Pemurah lagi Amat Mengasihani.
     
        Sesuatu telah menyapa dalam fikiranku.Seorang mukmin apalagi seorang Daei harus mempunyai keunikan berfikir, merenung,menuang idea,bercakap,mengalihkan fikiran atau perbincangan dengan individu atau kumpulan,mahupun daya ta'akul tika bersendirian,sikap, pandangan dan sebarang penzohiran pendapat atau apa-apa yang terbit daripada batang-tubuhnya ,zohir mahupun batin. Adalah anih, seandainya daei turut hanyut dalam aliran perbualan bersama rakan tanpa memikir langsung tentang mauduk percakapan samada dalam lengkungan keredhaan Alloh atau tidak.Kebersamaannya dengan insan lain sepatutnya mencetuskan kesan besar dan hebat dalam menuju mardhotillah.Bukankkah dengan memandang seseorang mukmin sajapun langsung teringat kepada kehidupan akhirat?Bila mendengan butir percakapannya, iman akan bertambah. Apa maknanya.?Cakapnya bukan sembarangan.Pegangan,iktiqad,prinsipnya mantap.Kalau sekadar melayan cakap orang konon mengambil hati dan terus hanyut dalam omongan meski negatif,sia-sia dan bersalut tohmahan, hasutan fitnah hancurlah jatidiri daei .
          Lalu bagaimana ?Jangan terkesan dengan makhluk.Jangan ikut suasana.Harus berperinsip.Harus berwawasan.Mulakan dengan tawajuh kepada Alloh dan mengajak orang bertawajuh kepada Alloh.Daei sendiri dalam sebarang keadaan,gerak-diam, bersunyi atau berkhalayak,sedih atau gembira,bermasaalah atau tenang,sebuk atau lapang,sakit atau sihat,tawajuh tumpuannya hanya kepadaNya.Ini teorinya dan praktikalnya.
          Situasi :A menghadapi masalah..jengkautnya disita pejabat hutan, atas dakwaan menceroboh hutan simpan..walhal dia tidak tahu..jenteranya cuma disewa...penyewa memaklumkan pihak pejabat tanah akan datang membuat pemeriksaan tanah.bla...bla...bla...mungkin pihak forest hendak wang...katanya..daeipun turut mengiyakan..tanpa tahu hujung pangkal...Solusi sepatutnya :"Oh.ini ujian Alloh.Hidup tidak akan terlepas daripada ujian Alloh.Zohirnya ya...sekian..sekian  hakikatnya Alloh uji kita..sabar dan solah...usaha ikhtiar ikut syariat..yakin tawajjuh kepada Alloh..masalah datang daripada Alloh, hanya Alloh saja yang dapat selesaikan.Itu sepatutnya butiran kata yang harus dilafazkan oleh daei...bukan ya..ya..ya...tidak....tidak..oooo...ooooo
             Fikir,usaha,pujuk,targhib,kepada Alloh.perintah Alloh,sunnah Nabi SAW,solah,akhirat,ilmu.zikir,mengasihi dan memuliakan orang Islam,berikhlas dalam amalan,gerak bersama harta,diri dan masa keluar dari lengkungan kegelapan kepada suasana cahaya hidayah...di jalan Alloh..dan kemuncaknya bangun malam dan bermunajat kepada Alloh Pemilik mutlak hidayah...

Ahad, 29 September 2013

KEPERLUAN VS KEFARDUAN

   Sedar-sedar dah setahun lebih aku meninggalkan alam perguruan.Terkini aku bertatih dari sepohon getah ke sepohon, belajar-belajar menoreh dah !Memesrai pohon getah merasai langsung perit-getir hayat sang penoreh.Pengalaman pertama peluh berderau persis titisan susu getah yang mengalir.Pun teringat ungkapan pemikir dakwah ," tuan-tuan yang mulia getah bukan datang daripada pohon ,tetapi daripada khazanah Alloh.Bila ditoreh,susunya yang mengalir, tetapi kalau ditebang atau dipotong tidak kelihatan susunya..sah susu getah langsung daripada khazanah Alloh.Berapa titis yang akan terhasil daripada sebatang pohon,ada yang laju alirannya,ada yang perlahan ,ada yang beku terus ,tidak kurang yang kontang semuanya dalam perancangan,iradat,qudrat  Yang Maha Kuasa.Kau cuma menggerakkan pisau pemotong, tidak lebih daripada itu.Kenapa kita merasakan rezeki ini dari saya,usaha saya,kalau tidak masakan terhasil.Tebalnya hijab sehingga manusia tenggelam dalam tumpuan rezeki, langsung lupa kepada pemberi rezeki.Inilah yang telah berlaku kepada kaum Sabak yang telah dimusnahkan oleh Alloh,Pemberi rezeki.Lantas kita perlu lonjakkan martabat kita dengan menjalankan usaha ikhtiar sebagai ibadah tapi hati-qalbu berpaut kemas kepada Rob..Alangkah zalimnya hamba dek kerana beberapa titis susu getah,sekelumit butiran padi,pejabat yang selesa,toko yang disibukkan,ladang yang dirajai, samudra yang dilayari, famili yang disantuni,anak isteri yang dikasihi melupuskan rukuk dan sujud kita...dan lebih dahsyat lagi kita meminjam lagak sombong firaun-qarun,'Aad-samud,Abu Jahal Abu Lahab,sebagai gerak-tutur kita...mohon perlindungan Alloh!
     Untuk keselamatan umat sejagat,pemikir umat telah muncul dengan gagasan pengembalian umat kepada usaha rintisan Rasul SAW iaitu dakwahtulloh.Memimjam kata-kata Imam Malik RH ,bahawa umat ini tidak akan dapat diislahkan melainkan kembali kepada kaedah uslub pengislahan umat awal yakni para sahabah RA.Kurun terbaik ialah 300 tahun awal dan permata kurun pertama ini harus digilap,dihidupkan kembali.Pokok usaha ialah pengorbanan setiap umat,tumpuan kepada usaha,daripada harian ,mingguan,tahunan,dengan diri masa,harta...menapak dari pintu kepintu,desa ke benua,menyampaikan kalimah,membesarkan Alloh,meremehkan makhluk dengan berpaksikan masjid sebagai pusat usaha.Ya,dalam era cyber yang mengkelabui umat,melena-lalaikan umat tentu kaedah tertib ini dicop,jumud,asing,konservertif,kuno,terkebelakang,mundur dan seribu satu macam label negatif !Biarkan memang Addin Versi asal akan kembali asing dann dagang dan beruntunglah pedagang-pedagang ini...Pedulikan!Inilah petanda haknya usaha ini, iatu penentangan segelintir umat...namun usaha harus disirami dengan lautan perasaan kasih-cinta  kepada umat dan aliran air mata sendu dihadapan Rob di kalbu dingin malam dalam dakapan tahajjud

Sabtu, 2 Mac 2013

KEMBALI...

        Dengan Nama Alloh Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.... Perkara paling rumit ialah kembali kepada diri.Kembali muhasabah diri. Fitrah mata kita memang  melihat keluar,( sebagai ujian ) tidak pernah dan tidak mungkin melihat diri kita sendiri ,apalagi melihat ke dalam diri sendiri...saban saat kita hanya melihat 'keluar'...melihat orang..objek..peristiwa...salah silap orang...tentunya lupa melihat diri sendiri..tapi anihnya pandai  pula melihat'baiknya',hebatnya','pandainya'..aku..meski mata tidak pernah melihat aku, kecuali, sesekali tika bercermin, itupun pun mungkin tanpa i'tibar...Mata cepat menangkap buruknya si anu, siani......Inilah perlunya muhasabah,tazkirah,agar kita kembali kepada diri..
         Aku bertanggungjawab atas aku.Aku akan kembali ke alam hakiki,menemui Ilahi ( disaat itu pasti sekali seseorang akan melihat ,memikiri hanya dirinya dan dirinya .Hilang sirnalah pandangan dan kesibukan melihat orang lain ), aku akan ditanya tentang aku, meski mengenai orang ,tapi yang akan ditanya aku...Seorang muhaddith yang sering dihujani dengan pelbagai soalan tentang oranglain, tentang ulama, kenapa berperilaku sekian -sekian yang langsung tidak cocok dengan titel ulama , lalu dijawab oleh muhaddith dalam nada sinis berbaur marah " beginilah, sekiranya kamu ditanya tentang feel ulama itu-ini, kamu jawab sahajalah, Ya, Alloh sesungguhnya aku tidak mengetahui." ( mungkin soalan begitu tidak akan ditanya di akhirat nanti, jadi kenapa sibukkan diri mengenainya )
          Semakin tinggi ketakwaan seseorang semakin fokus ia kepada dirinya. Suatu masa Saidina Abu Bakar Assidiq RA melihat beburung berciap-ciap  dari ranting ke ranting di kebunnya, lalu berkata beliau, wahai burung senangya engkau, tidak perlu memikirkan tentang hari hisab.Aku ingin menjadi sepertimu.Saidina Omar RA pernah mengatakan " sekira di akhirat nanti diistiharkan semua orang akan memasuki syurga, kecuali seorang, aku takut akulah orangnya.Sekiranya diistiharkan semua orang akan masuk neraka, kecuali seorang aku berharap, akulah orang tersebut" Pernah seorang sufi ditanyai orang sewaktu wukuf di Arafah," apakah pendapat tuan dengan perhimpunan yang ramai pada hari ini ?"Sufi tersebut menjawab, "semoga diampuni Alloh semuanya, kecuali adanya aku"( maksud : beliau adalah pendosa ).Siapakah mereka?Muqarrobin.!
             Baik sangka kepada orang, buruk sangka kepada diri sendiri.Satu jari ( telunjuk ) menuding orang, empat jari menuding diri.Memandang dan menghargai satu kebaikan orang meski ia memiliki 99 keburukan, dan memandang satu keburukan sendiri meski diri  memiliki 99 kebaikan.Satu mata untuk melihat keburukan sendiri, sementara satu mata lagi untuk melihat kebaikan orang.Merasakan sayalah yang paling bersalah @ berdosa dibandingkan dengan oranglain.Melihat ulama dengan perasaan ia lebih baik daripada saya kerana kealimannya, sedangkan saya jahil.Melihat orang muda dan bersangka bahawa dosanya kurang daripada saya kerana kumudaannya.Melihat orang yang lebih tua dengan sangkaan, dia lebih baik daripada saya kerana lebih dahulu amalnya daripada saya.Melihat pemaksiat, " dia bermaksiat dalam kejahilannya sedangkan saya bermaksiat dalam keilmuan saya, "Melihat orang kafir " kita masih sama-sama hidup, berkemungkinan dia mati dalam keimanan. " Inilah sarana-saranan untuk membina baik sangka dalam hati kita seperti yang diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam Ihyanya.Baik sangka adalah perintah Alloh dan buruk sangka mengundang kemurkaan Alloh.
          Mutakhir ini,media seperti akhbar, internet,merupakan perangkap dan ujian iman yang paling dahsyat.
Pendengaran, penglihatan dan hati 'aku' pasti akan disoal. Siasatlah setiap berita yang kita terima.Teropongilah dengan nur Al-Quran dan Al-Hadis.