Dengan Nama Alloh Yang Maha Pemurah lagi Penyayang.... Perkara paling rumit ialah kembali kepada diri.Kembali muhasabah diri. Fitrah mata kita memang melihat keluar,( sebagai ujian ) tidak pernah dan tidak mungkin melihat diri kita sendiri ,apalagi melihat ke dalam diri sendiri...saban saat kita hanya melihat 'keluar'...melihat orang..objek..peristiwa...salah silap orang...tentunya lupa melihat diri sendiri..tapi anihnya pandai pula melihat'baiknya',hebatnya','pandainya'..aku..meski mata tidak pernah melihat aku, kecuali, sesekali tika bercermin, itupun pun mungkin tanpa i'tibar...Mata cepat menangkap buruknya si anu, siani......Inilah perlunya muhasabah,tazkirah,agar kita kembali kepada diri..
Aku bertanggungjawab atas aku.Aku akan kembali ke alam hakiki,menemui Ilahi ( disaat itu pasti sekali seseorang akan melihat ,memikiri hanya dirinya dan dirinya .Hilang sirnalah pandangan dan kesibukan melihat orang lain ), aku akan ditanya tentang aku, meski mengenai orang ,tapi yang akan ditanya aku...Seorang muhaddith yang sering dihujani dengan pelbagai soalan tentang oranglain, tentang ulama, kenapa berperilaku sekian -sekian yang langsung tidak cocok dengan titel ulama , lalu dijawab oleh muhaddith dalam nada sinis berbaur marah " beginilah, sekiranya kamu ditanya tentang feel ulama itu-ini, kamu jawab sahajalah, Ya, Alloh sesungguhnya aku tidak mengetahui." ( mungkin soalan begitu tidak akan ditanya di akhirat nanti, jadi kenapa sibukkan diri mengenainya )
Semakin tinggi ketakwaan seseorang semakin fokus ia kepada dirinya. Suatu masa Saidina Abu Bakar Assidiq RA melihat beburung berciap-ciap dari ranting ke ranting di kebunnya, lalu berkata beliau, wahai burung senangya engkau, tidak perlu memikirkan tentang hari hisab.Aku ingin menjadi sepertimu.Saidina Omar RA pernah mengatakan " sekira di akhirat nanti diistiharkan semua orang akan memasuki syurga, kecuali seorang, aku takut akulah orangnya.Sekiranya diistiharkan semua orang akan masuk neraka, kecuali seorang aku berharap, akulah orang tersebut" Pernah seorang sufi ditanyai orang sewaktu wukuf di Arafah," apakah pendapat tuan dengan perhimpunan yang ramai pada hari ini ?"Sufi tersebut menjawab, "semoga diampuni Alloh semuanya, kecuali adanya aku"( maksud : beliau adalah pendosa ).Siapakah mereka?Muqarrobin.!
Baik sangka kepada orang, buruk sangka kepada diri sendiri.Satu jari ( telunjuk ) menuding orang, empat jari menuding diri.Memandang dan menghargai satu kebaikan orang meski ia memiliki 99 keburukan, dan memandang satu keburukan sendiri meski diri memiliki 99 kebaikan.Satu mata untuk melihat keburukan sendiri, sementara satu mata lagi untuk melihat kebaikan orang.Merasakan sayalah yang paling bersalah @ berdosa dibandingkan dengan oranglain.Melihat ulama dengan perasaan ia lebih baik daripada saya kerana kealimannya, sedangkan saya jahil.Melihat orang muda dan bersangka bahawa dosanya kurang daripada saya kerana kumudaannya.Melihat orang yang lebih tua dengan sangkaan, dia lebih baik daripada saya kerana lebih dahulu amalnya daripada saya.Melihat pemaksiat, " dia bermaksiat dalam kejahilannya sedangkan saya bermaksiat dalam keilmuan saya, "Melihat orang kafir " kita masih sama-sama hidup, berkemungkinan dia mati dalam keimanan. " Inilah sarana-saranan untuk membina baik sangka dalam hati kita seperti yang diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam Ihyanya.Baik sangka adalah perintah Alloh dan buruk sangka mengundang kemurkaan Alloh.
Mutakhir ini,media seperti akhbar, internet,merupakan perangkap dan ujian iman yang paling dahsyat.
Pendengaran, penglihatan dan hati 'aku' pasti akan disoal. Siasatlah setiap berita yang kita terima.Teropongilah dengan nur Al-Quran dan Al-Hadis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan