Ahad, 28 Oktober 2012

BAHAGIA .....

Bismillah...
       Sebuah Mercedece Benze menjalar perlahan-lahan di celah pohon-pohon kelapa di sebuah desa terpencil.Penghuninya seorang hartawan bersama dengan supirnya.Mereka melintasi sekumpulan penduduk desa yang sedang bersantai-santai  sambil menikmati hembusan bayu sore...Melihatkan mobil tersebut dengan hartawan berkot hebat, tampan bergaya, di dalamnya..berdetik di hati penduduk desa.."alangkah bahagianya kami kalau dapat menjadi seperti si hartawan ini..alangkah!Senangnya hati..bersiar-siar dengan kenderaan mewah..pakai drebar lagi...berharta..bergaya...
        Sementara,Si hartawan, meninjau-ninjau dari kenderaan mewahnya, terpegun melihat warga desa yang kelihatan begitu selesa, tenang,bahagia,.....berdetik di hatinya "alangkah bahagianya kalau aku menjadi seperti mereka...tiada masalah..hidup sederhana ...tiada tekanan...."
         ORANG DESA NAK JADI ORANG KAYA..ORANG KAYA NAK JADI ORANG DESA....
ALASANNYA:.....MENCARI BAHAGIA!
          Kedua-dua pihak hanya bersangka-sangka..Sebenarnya untuk berjaya dan bahagia orang kaya tidak perlu menjadi orang desa, sementara orang desa juga tidak perlu menjadi orang kaya..
           ORANG KAYA DAN ORANG DESA PASTI BERJAYA DAN BAHAGIA  BILA KEDUA-DUANYA DAPAT MENGAMALKAN ADDIN DALAM KEHIDUPAN MEREKA !

Ahad, 14 Oktober 2012

SONGSANG.......

Assalamua'laikum,
Puteri-puteriku,
Biar  kolot, dek  berbaju kurung, bertudung labuh,biarkan!
Biar dicibir kerana tiada teman lelaki, biarkan!
Biar diremehkan kerana tiada berakan lelaki di facebook,biarkan!
Hairannya para ibu melihat kalian sendirian tanpa teman ,biarkan!
"Bagaimana hendak berumahtangga tanpa mengenali satu sama lain?...,mustahil"! Kata mereka, biarkan!
Baba tegaskan!
Biar tiada sapaan di maya!Tiada sms!
Segala suntikan jarum fitnah
Halus kabur bersalut noda
Teruskan songsangmu atas luhur syariaat ,
Kalianlah pemenang kehormat,
Penjulang tamadun,
Cukuplah istikhoroh,tawakkal penghubung jodoh.
......

Jumaat, 5 Oktober 2012

TERKENANG......

....Masih jelas terbayang di zaman kanak-kanakku sekitar tahun 60-an..perempuan-perempuannya,lebih-lebih lagi perawannya masih berpingit di rumah...ini adalah suatu kebiasaan dan menjadi kebanggaan masyarakat..tidak pasti suasana ini hasil nilai didikan agama atau adat ketimuran..
......pun masih terbayang ,tiba-tiba seorang gadis desaku yang agak lasak dan terkehadapan dengan beraninya telah memecah tradisi ini..dia telah melangkah jauh meninggalkan desa dan menjadi operator kilang yang mula tumbuh di Pulau Pinang..apa lagi meledaklah desaku bagai dihujani bom jangka...generasi tua yang lelakinya,apalagi yang perempuan merasa loya dengan sikap anak dara yang tegar ini...ia menjadi bahan ngomelan warga desa yang sangat panas..ditambah lagi dengan penampilannya yang bertukar 360 darjah...tapi dilakukan secara diam-diam dan penuh kerahsiaan..ada anak desa yang terserempak dan terbeliak matanya melihat sigadis ini memakai seluar panjang..oh..rupanya dia keluar dengan berkebaya @ baju kurung dan menyalin pakaiannya bila mula berada di pinggir desa...wah!wah! satu letupan yang lagi dahsyat! Geli-geleman lah sinenek desa mendengar berita ini..jijik-jijiknya..sampai meludah-ludah..akupun tidak pasti sama ada ini bertitik tolak daripada faham agama atau perlanggaran adat...tiada positifnya lagi akan sigadis bertuah ini..apa lagi bila bapanya adalah dianggap sebagai ahli agama juga..dan perbuatan bapanya yang bungkam membisu lagi membingungkan orang kampung..
......pun terkenang-kenang lagi...sigadis ini dengan hikmahnya telah mula menghulurkan ringgitnya kepada ibunya..mula bertatih membeli kerusi-meja ,almari ..dan lagi dan lagi sehingga tertutuplah mulut ibunya...jiran-jiran mula menjenguk perabut asing ini...lama-kelamaan ,beransur-ansur berubahlah persepsi orang kampung terhadap gadis yang dulunya amat jijik di mata mereka..dan ahli kilangpun mula bertambah..redalah ribut taufan mual kepada gadis ini..orang mula nampak hasilnya..dengan tiba-tiba kalam merekapun berubah..
.......alkisah. nenek saudaraku yang bermati-matian mempertahankan konsep wanita  sepatutnya di dapur dan menyinga bila cucu lelakinya hendak menikahi anak pak imam yang juga gadis kilang!...dan masa berlalu..cucu nenek saudaraku juga. mula menjadi minah kilang...perlahan-lahan hujung bulan mulalah dia belajar menghulur..nah apalagi tertutup jugalah mulut si tua ini...dan berubah jugalah kalamnya..masih aku terngiang-ngiang.perkataannya dalam nada keriangan.".alah daripada memerap di rumah, lebih baik keluar kampung boleh juga tampung-tampung" akupun tak pasti siapa yang mengajar dia berubah..dan adakah perubahan ini direstui oleh syarak atau tidak....dan pernah aku mendengar daripada ulama juga iaitu..antara usaha ahli batil ialah mengeluarkan sebanyak mungkin wanita-wanita muslim dari rumah mereka !
.......sekarang umurku dah mendekati angka 60...segala-galanya sudah bercanggah arus...gadis yang ku sangka manis berbaju kurung mugkin kolot dimatamu....kalau kau keluar rumah,di mana saja matamu tumpah..tiada pandangan lain selain wanitanya" berjin "..tiada mual lagi..jauh dripada jijik..itulah trend biasa..fesyen elegan terkini...bukan mungkar lagi...malah rasanya wanita berjin lebih banyak daripada lelakinya....kalau dulu..ini adalah pakaian.."amoi"..sekarang bezanya "amoi" muslimah bertudung..pernah juga aku mendengar luahan ulama 30 tahun yang lampau " penjualan bundle juga termasuk strategi ahli batil untuk melupuskan pakaian wanita muslim." aku tidak membuat kajian tentang perkara ini. dan di antara gejala akhir zaman juga perkara batil dianggap haq dan perkara haq dianggap batil....marilah kita kembali berusaha menghidupkan suasana agama ,moga-moga dengan suasana tersebut manusia akan berbondong-bondong kembali mengamalkan agama Alloh SWT..Demikian halusnya usaha pihak batil mewujudkan suasana anti-agama secara  tidak disedari.

UJIAN..........

   Segala pujian hanya bagi Alloh,Rob sekelian 'alam.Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya,para sahabatnya serta pengikutnya sampai hari qiamat.
   Seusai solah jumaat, kelihatan seorang penulis veteran mengatur langkah longlai ,terketar-ketar menuju ke tangga masjid.Aku memerhati dengan simpati.Tongkatnya tidak kelihatan.Sewaktu bergegas keluar aku lihat dia masih di tangga masjid,berhenti lelah mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanan ke arah protonnya.Dia masih boleh memandu.Sekali-sekala aku terserempaknya memandu disamping isteri setia di tengah kesibukan lalu-lintas pekan J yang kini semakin sibuk persis KL.
    "Ya,beginilah...uzur, lemah sendi lutut...hari ni tak bawa tongkat...patah sana-sini..tapi boleh lagi,langkah perlahan-lahan,"Ujarnya dengan wajah lemah tapi ceria pabila aku mengambil tempat di sampingnya.
    "Kuatkan hati sebab nak datang berjumpa denganNya di rumahNya.Itu saja.Semoga Dia bantu.Itupun seminggu sekali.Tak mampu hari-hari."
    "Alhamdulillah tuan haji,semoga Alloh mengambil kira istiqomah kita sewaktu sihat dahulu dan memberi ganjaran yang sama meski sekarang kita tak semampu dahulu."Aku memberi dorongan.
    "Ya,moga-moga begitulah insyaAlloh."................. sekarang penapun sudah tumpul.Sejak uzur tahun 2008,nak buka computer pun sudah tak tau...keluhnya berat.
    "SN,Dato' Abdullah Husin hanya berkomunikasi melalui tulisan, tak boleh bercakap.Dato Shahnon masih menulis meski uzur."Aku mengongsi cerita.Ustaz Nahmar Perlis masih giat berpuisi.Juga ahli masjid Kangar.Berbasikal ke masjid 5 x sehari...penulis seangkatan dengannya.
    Tiba-tiba wajahnya berubah dan mengeluh kesal...yang amat terasa di hatinya, orang politik,YB, menteri langsung tak menjengahnya dalam saat-saat  begini.Terasa dirinya seperti sampah..tiada bernilai...Aku mengiyakan kerana pernah tersua ehwal sebegini...apa maknanya  ?Tepat sekali,habis manis sepah dibuang!
     "Tuan haji,ini ujian untuk kita.Luputkan segala kesalan daripada hati dan mengadu sajalah kepadaNya "
  Sekonyong-konyong tercegat seorang anak muda di hadapan kami.Terperanjat aku.Dulu badannya bulat berisi, cergas membersih karpet masjid, lincah memotong rumput halaman masjid,ceria berbicara bertingkah gurauan....kali terakhir aku menyedari dia menyewa rumah di tepi masjid.Aku terkesima...Z..kenapa?
      "Sakit...jantung...kencing manis....darah tinggi...paru2...hepatitis C...TB?..hari2 pergi hospital...Masya Alloh! Betul-betul ujian..Penulis veteran memberi nasihat semangat...wajahnya menceritakan sedikit keselesaan, ada insan lain yang lebih berat tanggungannya...alhamdulilah tak tersyukur aku..Ya,Alloh janganlah Kau uji kami dengan ujian tak tertanggung oleh kami .Ambil kesempatan ,manfaatkan sihat sebelum sakit .Ya Alloh bantulah kami, hambaMu yang doif.

Rabu, 19 September 2012

Beneficial Life

...we should live in this temporary world meaningfully..As we do not come to this world, but we're sent by our Creator, we should abide all the Divine rules...when  purchasing a car, we're given a catalogue to manage and operate it..This  is a strict and basic principles.If we fail to utilize the given catalogue, and choose to depend blindly on our brain we'll certainly unable to manipulate the machine .We gain nothing from it and it's a great loss.
    Similarly, in leading this life, we've to follow strictly the Commandments of Alloh and adopt the ways shown by our beloved prophet Rasul SAW. Failing to obey them meaning we're destroying and ruining our own life. However one doesn't feel the effect promptly as it's a long term and the life after phenomena.It's a belief and beyond our normal concern.In short, our success and also the entire mankind is in abiding all the commandments of Alloh and the footsteps shown by Rasul SAW.

BERSYUKUR

...Untuk ehwal dunia dan keperluan kita lihatlah orang  yang lebih rendah....eg.aku ada kereta lama, ada orang ada motor buruk, ada orang ada basikal tua,ada pula berkaki ayam sampai ke... tua, ada orang tak berkaki!

...sambungan

.untuk akhiratmu, lihatlah orang yang lebih tinggi dan hebat amalannya...aku perasan dengan amalku....insaflah, ada hamba Alloh yang bertahun-tahun  tak pernah tinggal solat berjamaah, tak pernah miss tilawah Al-Quran, tak pernah terlepas zikir, tak pernah lalai bertahajjud, tak pernah meremehkan solah -solah sunat harian, istiqomah berpuasa dll...meski di zaman ini, apalagi di zaman kecemerlangan Islam.solehfussoleh..terdahulu..
      Barulah aku berqona'h dengan duniaku dan merasa kerdil dengan akhiratku!

Selasa, 18 September 2012

ISU PENGHINAAN KE ATAS RASUL SAW

Assalamualaikum
          Segala puji hanya bagi Alloh, Tuhan sekelian alam.Solawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
          Tiadalah dijadikan alam ini melainkan dengan asbab Rasul SAW.Sewaktu mi'raj dan episod bertemu dengan Rob sekalian alam di sidratul muntaha Jibrail AH yang dijadikan Alloh hebat dan perkasapun tak mampu,tapi Rasul yang Mulia diberi kemampuan istimewa oleh Alloh SWT untuk bertemu langsung dengan Alloh SWT tanpa perantara dan kata biasa.Tiada ungkapan untuk memperikan kehebatan, kemuliaan Baginda.Para sahabat RA amat memahami  perkara ini.Sanggup mereka untuk menggadaikan nyawa mereka demi cinta kasih kepada kekasih Alloh ini...Biar nyawa melayang di tangan musuh, namun tak redo mereka meski jasad RasulSAW hanya tertusuk dengan duri .Banyaklah terakam dalam kisah para sahabat tentang kisah kecintaan mereka terhadap RasulSAW.
           Bagaimana dengan saya dan tuan.? Hebat lagi umat akhir zaman,( tiada melihat Baginda tapi yaqin dengan amalan dan sunnahnya ) seandainya mereka dapat membuktikan kecintaan kepada Rasul SAW dengan menghidupkan sunnahnya, menyebarkannya , mengurbankan diri,masa dan harta kerananya.( semoga Alloh pandang dan menerima niat, semangat melonjak-lonjak umat dalam menentang isu ini dan mengampuni umat sekiranya terdapat mana-mana cara menyatakan penentangan yang bercanggah dengan perintah Alloh dan Rosul dan memberi hidayah dan meluruskan cara-cara tersebut ) Hakikat cinta Rasul dalam kontek ini adalah seperti lafaz Saidina Omar Al-Khatab RA... sesungguhnya sekarang ini aku mencintai engkau ya Rasululloh lebih daripada diriku,ibu bapaku dan seluruh manusia...Ya inilah kesempurnaan cinta yang telah diiktiraf oleh Rasul SAW terhadap Sahabat yang mulia ini..
             Apapun semoga seluruh umat Islam sedunia akan kembali memperkukuhkan paksi akidah kepada Alloh dan Rasul SAW dan mengamalkan kesyumulan Islam dalam kehidupan kita.Isu penghinaan terhadap Rasul SAW menjadi kejutan besar untuk kembali menghayati sunnah dalam diri .Tanpa isu, orang pun lesu, hanyut dalam kehidupan dunia dan tumpul semangat , kecintaan, kasih sayang kepada Rasul SAW! Wallohua'lamSebarang kekeliruan, kekhilafan, pohon pembetulan dan N3 ini terbuka luas kepada kritikan

Isnin, 17 September 2012

.....bila iman sepejal karang. seteguh gunung tamparan ujian., sehebat mana, ditapis halus dalam lensa hukum Ilahi.. terus faham makna ujian, makna kesementaraan dan hati digamit rindu syurgawi dan menggelegak gerun bahang siksa abadi.
      Duhai segala aku, kembalilah sujud kepada Rob...belai pandukan gelojak nafsu , tulikan  bisik rayu syaitan terlaknat,meniti sunnah Nabi, lengkapkan hukum wahyu memayungi horizon diri...oh.peria, luaskan ufuk akalmu...tinggalkan tempik sorak sorai kepalsuan...jadilah perindu kota asalmu..di sini hanya fatamorgana segala...ya, manisnya madu,  tapi lihatlah pada waktu menggigit usia tanpa lesu, rahang maut setia meragut mangsa..kau pria pilihan Ilahi, makmurkan bumi dengan siraman.hidayah..juga kalian  ada dalam pujian sabda junjungan..bangunlah! tinggalkan senda gurau..sebelum menjengah sesalan abadi..terlerai janji taubat;;ruang ini masih terbuka luas...kembalilah sebelum dikembalikan....
        Kerah seluruh warga, sirami diri dengan wangian taubat..meski setitis terpadam jahanam..sedang aliran airmata darah di sana membunuh segala makna...sirna segala kepalsuan .dengarilah suara si kafir,,alangkah baiknya kalau kami menjadi.tanah.oh...aduHHHHHHHHHHHHHH..kembalikanlah kami ke dunia..meski setempuh ucapan tasbih...kami nak beramal soleh...
   

...sambungan

.....bila iman sepejal karang. seteguh gunung tamparan ujian sehebat mana ditapis halus dalam lensa hukum Ilahi.. terus faham makna ujian makna kesementaraan dan hati digamit rindu syurgawi dan menggelegak gerun bahang siksa abadi.

Ahad, 16 September 2012

kETENANGAN HAKIKI

Assalamualaikum'
Ketenangan buruan semua manusia.Malang!Manusia menjaadi pemburu ketenangan sampai ajal !Pengundang ketenangan hanyalah zikrulloh...pemburu resah, mengintai kedamaian dicelah-celah rimbunan hijau pepohon, di dada biru alun ombak,di puncak paksi bumi, menyelam dalam budaya etnik, lemas dalam sibuk mendakap harta..hingga jutaan billion RM dialirkan..yang terundang hanyalah resah....benarlah antara kesia-siaan ialah mendambakan kebahagiaan di dunia..pun bukan mengumpulkan jilid-jilid tafsir ...bergilir jemari memetik rona-rona tasbih...sedangkan itu masih fizik
    Pelabuhan tenang di lubuk hati, bukan luaran!Kembalikan pencarian ke dalam aku..di luar tersirat liku-liku bebal dan sesat...kita datang untuk kembali..

CORETAN TAQWA

 Jalur Taqwa ;___


DILUPAKAN


MELUPAKAN IHSAN KITA KEPADA ORANG *
MELUPAKAN KETERLANJURAN ORANG KEPADA KITA *



DIINGATI

MENGINGATI IHSAN ORANG KEPADA KITA #
MENGINGATI KEZALIMAN KITA KEPADA ORANG #

Jumaat, 14 September 2012

SALAM PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM
786
           Aku baru belajar berblog.Aku dan anda sama saja.Sama-sama hamba.Sama-sama dihantar Alloh dari alam ruh ke alam syahadah.Di sini transit yang amat penting, meski sementara.Transit penentu.Safar ini masih jauh dan berliku.Selepas ini hijrah lagi ke barzah, dewan ujian paling dahsyat !Terakhir, posting abadi syurga (masukkan kami dengan RahmatMu ya Alloh) atau...... selamatkan kami ,ya Alloh..
           Barzah penentu hakiki, jaya atau gagal.Saidina Osman RA sering menangis bila melalui kuburan.Bila ditanya,kenapa?berbanding persoalan neraka.katanya ini singgahan pertama ke akhirat,seandainya berjaya perjalanan seterusnya akan bertambah mudah Sekiranya gagal perjalanan seterusnya akan bertambah sulit.
            Semoga saya dan tuan membuat persiapan iman dan amal.Teruskan kehidupan biasa.Silih berganti susah senang,kaya miskin,jaya gagal,sedih gembira,ceria monyok,...bla..bla asalkan seiring syariat.Teringat tamsil Buya Hamka tentang kehidupan dunia...satu rombongan pengantin, tentu seronoknya dipuncak,gelak ketawa, ..tiba-tiba bertembung pengiring mayat ,yang sendu,muram habis...apa yang terjadi ?Suasana terus bertukar... rombongan pengantin bertukar sedih, sementara pengiring jenazah tersenyum ceria
            Tiada yang tetap.Yang tetap ialah berubah.Penghujung kerja, pencen.Ibadah tiada pencen.Ya..pencen...member tumpang seronok..katanya terbenam tension..yang syok tanya pula kenapa tak 60,  ...lepas ni kerja apa pula..pulak! ..nampaknya kena rujuk kamus dewanlah... vocab.. lemah.... belek makna pencen...dan lagi boleh tumpu ibadah..pergi masjid...betulkah? Tak apalah di Malaysia satu rahmat..lepas pencen datang dan jadi ahli masjid....tapi ibadah tak tunggu pencen...takkan nak bagi tau Alloh , RumahMu..nantilah saya kunjung,sekarang sebuklah...memanglah, sebuk, kerja, urusan Alloh buat..untuk uji...Kata Ibnu Masud RA sahabat besar Nabi SAW..aku ke pasar ..sewaktu azan... kedai, pasar semua kosong..kemudian beliau berkata..inilah..orang-orang yang Alloh sebut dalam AlQuran lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli mereka dari mendirikan solat dan mengingati Alloh...Jadi kadang-kadang Alloh perintah untuk berkedai ,kadang-kadang Alloh perintah tinggalkan kedai...kedua-duanya berjaya! Berkatalah seorang DJ radio terkenal zaman dulu...orang pencen kalau tak pergi masjid tak taulah..
             Perihal pencen lagi.Aku jumpa member ,kali ke 2 selepas 30 tahun lebih tak jumpa..Cikgu..pencen 55..yang syok tolak SBPA ! sampai JPN panggil ,katanya 4 orang ..bila ditanya JPN sebab apa, apa yang tak puashati, bla...bla,,,,bermadahlah teman aku ni...reason pertama kerana dalam borang diberi pilihan a)SETUJU   B) TIDAK SETUJU....ALASAN   kedua...gaji tambahan tu terlalu banyak..amboi.. sindir ka? Budimannya teman aku ni...mungkin kau kata pandir !Tapi orang lurus selalu bertingkah arus....teringat aku siroh mencatatkan satu masa Khalifah Saidina Abu Bakar RA kepingin hendak memakan makanan manis..mana ongkosnya .? Siisteri tersayang pun mulalah menabung daripada gaji khalifah..pendek cerita tertunailah hajatnya...Satu hal berlaku, Khalifah menyedari rupanya selama ini wang gajinya melebihi keperluan,,lantas beliau mengarahkan  baitul mal memotong gajinya sebanyak nilai yang telah ditabung oleh isterinya..wajarlah di akhirat nanti kelapan-lapan pintu syurga akan mendendang-dendangkan nama Saidina Abu Bakar !Kalau macam teman aku tu amanlah dunia...tak tuntut hak...sekarang antara punca masalah bila isteri tuntut hak,suami tuntut hak,majikan tuntut hak,pekerja tuntut hak........bukanlah aku nak kata teman aku macam Saidina Abu Bakar...wallohu'alam.