Jumaat, 14 September 2012

SALAM PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM
786
           Aku baru belajar berblog.Aku dan anda sama saja.Sama-sama hamba.Sama-sama dihantar Alloh dari alam ruh ke alam syahadah.Di sini transit yang amat penting, meski sementara.Transit penentu.Safar ini masih jauh dan berliku.Selepas ini hijrah lagi ke barzah, dewan ujian paling dahsyat !Terakhir, posting abadi syurga (masukkan kami dengan RahmatMu ya Alloh) atau...... selamatkan kami ,ya Alloh..
           Barzah penentu hakiki, jaya atau gagal.Saidina Osman RA sering menangis bila melalui kuburan.Bila ditanya,kenapa?berbanding persoalan neraka.katanya ini singgahan pertama ke akhirat,seandainya berjaya perjalanan seterusnya akan bertambah mudah Sekiranya gagal perjalanan seterusnya akan bertambah sulit.
            Semoga saya dan tuan membuat persiapan iman dan amal.Teruskan kehidupan biasa.Silih berganti susah senang,kaya miskin,jaya gagal,sedih gembira,ceria monyok,...bla..bla asalkan seiring syariat.Teringat tamsil Buya Hamka tentang kehidupan dunia...satu rombongan pengantin, tentu seronoknya dipuncak,gelak ketawa, ..tiba-tiba bertembung pengiring mayat ,yang sendu,muram habis...apa yang terjadi ?Suasana terus bertukar... rombongan pengantin bertukar sedih, sementara pengiring jenazah tersenyum ceria
            Tiada yang tetap.Yang tetap ialah berubah.Penghujung kerja, pencen.Ibadah tiada pencen.Ya..pencen...member tumpang seronok..katanya terbenam tension..yang syok tanya pula kenapa tak 60,  ...lepas ni kerja apa pula..pulak! ..nampaknya kena rujuk kamus dewanlah... vocab.. lemah.... belek makna pencen...dan lagi boleh tumpu ibadah..pergi masjid...betulkah? Tak apalah di Malaysia satu rahmat..lepas pencen datang dan jadi ahli masjid....tapi ibadah tak tunggu pencen...takkan nak bagi tau Alloh , RumahMu..nantilah saya kunjung,sekarang sebuklah...memanglah, sebuk, kerja, urusan Alloh buat..untuk uji...Kata Ibnu Masud RA sahabat besar Nabi SAW..aku ke pasar ..sewaktu azan... kedai, pasar semua kosong..kemudian beliau berkata..inilah..orang-orang yang Alloh sebut dalam AlQuran lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli mereka dari mendirikan solat dan mengingati Alloh...Jadi kadang-kadang Alloh perintah untuk berkedai ,kadang-kadang Alloh perintah tinggalkan kedai...kedua-duanya berjaya! Berkatalah seorang DJ radio terkenal zaman dulu...orang pencen kalau tak pergi masjid tak taulah..
             Perihal pencen lagi.Aku jumpa member ,kali ke 2 selepas 30 tahun lebih tak jumpa..Cikgu..pencen 55..yang syok tolak SBPA ! sampai JPN panggil ,katanya 4 orang ..bila ditanya JPN sebab apa, apa yang tak puashati, bla...bla,,,,bermadahlah teman aku ni...reason pertama kerana dalam borang diberi pilihan a)SETUJU   B) TIDAK SETUJU....ALASAN   kedua...gaji tambahan tu terlalu banyak..amboi.. sindir ka? Budimannya teman aku ni...mungkin kau kata pandir !Tapi orang lurus selalu bertingkah arus....teringat aku siroh mencatatkan satu masa Khalifah Saidina Abu Bakar RA kepingin hendak memakan makanan manis..mana ongkosnya .? Siisteri tersayang pun mulalah menabung daripada gaji khalifah..pendek cerita tertunailah hajatnya...Satu hal berlaku, Khalifah menyedari rupanya selama ini wang gajinya melebihi keperluan,,lantas beliau mengarahkan  baitul mal memotong gajinya sebanyak nilai yang telah ditabung oleh isterinya..wajarlah di akhirat nanti kelapan-lapan pintu syurga akan mendendang-dendangkan nama Saidina Abu Bakar !Kalau macam teman aku tu amanlah dunia...tak tuntut hak...sekarang antara punca masalah bila isteri tuntut hak,suami tuntut hak,majikan tuntut hak,pekerja tuntut hak........bukanlah aku nak kata teman aku macam Saidina Abu Bakar...wallohu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan