Ahad, 28 Oktober 2012

BAHAGIA .....

Bismillah...
       Sebuah Mercedece Benze menjalar perlahan-lahan di celah pohon-pohon kelapa di sebuah desa terpencil.Penghuninya seorang hartawan bersama dengan supirnya.Mereka melintasi sekumpulan penduduk desa yang sedang bersantai-santai  sambil menikmati hembusan bayu sore...Melihatkan mobil tersebut dengan hartawan berkot hebat, tampan bergaya, di dalamnya..berdetik di hati penduduk desa.."alangkah bahagianya kami kalau dapat menjadi seperti si hartawan ini..alangkah!Senangnya hati..bersiar-siar dengan kenderaan mewah..pakai drebar lagi...berharta..bergaya...
        Sementara,Si hartawan, meninjau-ninjau dari kenderaan mewahnya, terpegun melihat warga desa yang kelihatan begitu selesa, tenang,bahagia,.....berdetik di hatinya "alangkah bahagianya kalau aku menjadi seperti mereka...tiada masalah..hidup sederhana ...tiada tekanan...."
         ORANG DESA NAK JADI ORANG KAYA..ORANG KAYA NAK JADI ORANG DESA....
ALASANNYA:.....MENCARI BAHAGIA!
          Kedua-dua pihak hanya bersangka-sangka..Sebenarnya untuk berjaya dan bahagia orang kaya tidak perlu menjadi orang desa, sementara orang desa juga tidak perlu menjadi orang kaya..
           ORANG KAYA DAN ORANG DESA PASTI BERJAYA DAN BAHAGIA  BILA KEDUA-DUANYA DAPAT MENGAMALKAN ADDIN DALAM KEHIDUPAN MEREKA !

Ahad, 14 Oktober 2012

SONGSANG.......

Assalamua'laikum,
Puteri-puteriku,
Biar  kolot, dek  berbaju kurung, bertudung labuh,biarkan!
Biar dicibir kerana tiada teman lelaki, biarkan!
Biar diremehkan kerana tiada berakan lelaki di facebook,biarkan!
Hairannya para ibu melihat kalian sendirian tanpa teman ,biarkan!
"Bagaimana hendak berumahtangga tanpa mengenali satu sama lain?...,mustahil"! Kata mereka, biarkan!
Baba tegaskan!
Biar tiada sapaan di maya!Tiada sms!
Segala suntikan jarum fitnah
Halus kabur bersalut noda
Teruskan songsangmu atas luhur syariaat ,
Kalianlah pemenang kehormat,
Penjulang tamadun,
Cukuplah istikhoroh,tawakkal penghubung jodoh.
......

Jumaat, 5 Oktober 2012

TERKENANG......

....Masih jelas terbayang di zaman kanak-kanakku sekitar tahun 60-an..perempuan-perempuannya,lebih-lebih lagi perawannya masih berpingit di rumah...ini adalah suatu kebiasaan dan menjadi kebanggaan masyarakat..tidak pasti suasana ini hasil nilai didikan agama atau adat ketimuran..
......pun masih terbayang ,tiba-tiba seorang gadis desaku yang agak lasak dan terkehadapan dengan beraninya telah memecah tradisi ini..dia telah melangkah jauh meninggalkan desa dan menjadi operator kilang yang mula tumbuh di Pulau Pinang..apa lagi meledaklah desaku bagai dihujani bom jangka...generasi tua yang lelakinya,apalagi yang perempuan merasa loya dengan sikap anak dara yang tegar ini...ia menjadi bahan ngomelan warga desa yang sangat panas..ditambah lagi dengan penampilannya yang bertukar 360 darjah...tapi dilakukan secara diam-diam dan penuh kerahsiaan..ada anak desa yang terserempak dan terbeliak matanya melihat sigadis ini memakai seluar panjang..oh..rupanya dia keluar dengan berkebaya @ baju kurung dan menyalin pakaiannya bila mula berada di pinggir desa...wah!wah! satu letupan yang lagi dahsyat! Geli-geleman lah sinenek desa mendengar berita ini..jijik-jijiknya..sampai meludah-ludah..akupun tidak pasti sama ada ini bertitik tolak daripada faham agama atau perlanggaran adat...tiada positifnya lagi akan sigadis bertuah ini..apa lagi bila bapanya adalah dianggap sebagai ahli agama juga..dan perbuatan bapanya yang bungkam membisu lagi membingungkan orang kampung..
......pun terkenang-kenang lagi...sigadis ini dengan hikmahnya telah mula menghulurkan ringgitnya kepada ibunya..mula bertatih membeli kerusi-meja ,almari ..dan lagi dan lagi sehingga tertutuplah mulut ibunya...jiran-jiran mula menjenguk perabut asing ini...lama-kelamaan ,beransur-ansur berubahlah persepsi orang kampung terhadap gadis yang dulunya amat jijik di mata mereka..dan ahli kilangpun mula bertambah..redalah ribut taufan mual kepada gadis ini..orang mula nampak hasilnya..dengan tiba-tiba kalam merekapun berubah..
.......alkisah. nenek saudaraku yang bermati-matian mempertahankan konsep wanita  sepatutnya di dapur dan menyinga bila cucu lelakinya hendak menikahi anak pak imam yang juga gadis kilang!...dan masa berlalu..cucu nenek saudaraku juga. mula menjadi minah kilang...perlahan-lahan hujung bulan mulalah dia belajar menghulur..nah apalagi tertutup jugalah mulut si tua ini...dan berubah jugalah kalamnya..masih aku terngiang-ngiang.perkataannya dalam nada keriangan.".alah daripada memerap di rumah, lebih baik keluar kampung boleh juga tampung-tampung" akupun tak pasti siapa yang mengajar dia berubah..dan adakah perubahan ini direstui oleh syarak atau tidak....dan pernah aku mendengar daripada ulama juga iaitu..antara usaha ahli batil ialah mengeluarkan sebanyak mungkin wanita-wanita muslim dari rumah mereka !
.......sekarang umurku dah mendekati angka 60...segala-galanya sudah bercanggah arus...gadis yang ku sangka manis berbaju kurung mugkin kolot dimatamu....kalau kau keluar rumah,di mana saja matamu tumpah..tiada pandangan lain selain wanitanya" berjin "..tiada mual lagi..jauh dripada jijik..itulah trend biasa..fesyen elegan terkini...bukan mungkar lagi...malah rasanya wanita berjin lebih banyak daripada lelakinya....kalau dulu..ini adalah pakaian.."amoi"..sekarang bezanya "amoi" muslimah bertudung..pernah juga aku mendengar luahan ulama 30 tahun yang lampau " penjualan bundle juga termasuk strategi ahli batil untuk melupuskan pakaian wanita muslim." aku tidak membuat kajian tentang perkara ini. dan di antara gejala akhir zaman juga perkara batil dianggap haq dan perkara haq dianggap batil....marilah kita kembali berusaha menghidupkan suasana agama ,moga-moga dengan suasana tersebut manusia akan berbondong-bondong kembali mengamalkan agama Alloh SWT..Demikian halusnya usaha pihak batil mewujudkan suasana anti-agama secara  tidak disedari.

UJIAN..........

   Segala pujian hanya bagi Alloh,Rob sekelian 'alam.Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya,para sahabatnya serta pengikutnya sampai hari qiamat.
   Seusai solah jumaat, kelihatan seorang penulis veteran mengatur langkah longlai ,terketar-ketar menuju ke tangga masjid.Aku memerhati dengan simpati.Tongkatnya tidak kelihatan.Sewaktu bergegas keluar aku lihat dia masih di tangga masjid,berhenti lelah mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanan ke arah protonnya.Dia masih boleh memandu.Sekali-sekala aku terserempaknya memandu disamping isteri setia di tengah kesibukan lalu-lintas pekan J yang kini semakin sibuk persis KL.
    "Ya,beginilah...uzur, lemah sendi lutut...hari ni tak bawa tongkat...patah sana-sini..tapi boleh lagi,langkah perlahan-lahan,"Ujarnya dengan wajah lemah tapi ceria pabila aku mengambil tempat di sampingnya.
    "Kuatkan hati sebab nak datang berjumpa denganNya di rumahNya.Itu saja.Semoga Dia bantu.Itupun seminggu sekali.Tak mampu hari-hari."
    "Alhamdulillah tuan haji,semoga Alloh mengambil kira istiqomah kita sewaktu sihat dahulu dan memberi ganjaran yang sama meski sekarang kita tak semampu dahulu."Aku memberi dorongan.
    "Ya,moga-moga begitulah insyaAlloh."................. sekarang penapun sudah tumpul.Sejak uzur tahun 2008,nak buka computer pun sudah tak tau...keluhnya berat.
    "SN,Dato' Abdullah Husin hanya berkomunikasi melalui tulisan, tak boleh bercakap.Dato Shahnon masih menulis meski uzur."Aku mengongsi cerita.Ustaz Nahmar Perlis masih giat berpuisi.Juga ahli masjid Kangar.Berbasikal ke masjid 5 x sehari...penulis seangkatan dengannya.
    Tiba-tiba wajahnya berubah dan mengeluh kesal...yang amat terasa di hatinya, orang politik,YB, menteri langsung tak menjengahnya dalam saat-saat  begini.Terasa dirinya seperti sampah..tiada bernilai...Aku mengiyakan kerana pernah tersua ehwal sebegini...apa maknanya  ?Tepat sekali,habis manis sepah dibuang!
     "Tuan haji,ini ujian untuk kita.Luputkan segala kesalan daripada hati dan mengadu sajalah kepadaNya "
  Sekonyong-konyong tercegat seorang anak muda di hadapan kami.Terperanjat aku.Dulu badannya bulat berisi, cergas membersih karpet masjid, lincah memotong rumput halaman masjid,ceria berbicara bertingkah gurauan....kali terakhir aku menyedari dia menyewa rumah di tepi masjid.Aku terkesima...Z..kenapa?
      "Sakit...jantung...kencing manis....darah tinggi...paru2...hepatitis C...TB?..hari2 pergi hospital...Masya Alloh! Betul-betul ujian..Penulis veteran memberi nasihat semangat...wajahnya menceritakan sedikit keselesaan, ada insan lain yang lebih berat tanggungannya...alhamdulilah tak tersyukur aku..Ya,Alloh janganlah Kau uji kami dengan ujian tak tertanggung oleh kami .Ambil kesempatan ,manfaatkan sihat sebelum sakit .Ya Alloh bantulah kami, hambaMu yang doif.