Jumaat, 5 Oktober 2012

UJIAN..........

   Segala pujian hanya bagi Alloh,Rob sekelian 'alam.Solawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya,para sahabatnya serta pengikutnya sampai hari qiamat.
   Seusai solah jumaat, kelihatan seorang penulis veteran mengatur langkah longlai ,terketar-ketar menuju ke tangga masjid.Aku memerhati dengan simpati.Tongkatnya tidak kelihatan.Sewaktu bergegas keluar aku lihat dia masih di tangga masjid,berhenti lelah mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanan ke arah protonnya.Dia masih boleh memandu.Sekali-sekala aku terserempaknya memandu disamping isteri setia di tengah kesibukan lalu-lintas pekan J yang kini semakin sibuk persis KL.
    "Ya,beginilah...uzur, lemah sendi lutut...hari ni tak bawa tongkat...patah sana-sini..tapi boleh lagi,langkah perlahan-lahan,"Ujarnya dengan wajah lemah tapi ceria pabila aku mengambil tempat di sampingnya.
    "Kuatkan hati sebab nak datang berjumpa denganNya di rumahNya.Itu saja.Semoga Dia bantu.Itupun seminggu sekali.Tak mampu hari-hari."
    "Alhamdulillah tuan haji,semoga Alloh mengambil kira istiqomah kita sewaktu sihat dahulu dan memberi ganjaran yang sama meski sekarang kita tak semampu dahulu."Aku memberi dorongan.
    "Ya,moga-moga begitulah insyaAlloh."................. sekarang penapun sudah tumpul.Sejak uzur tahun 2008,nak buka computer pun sudah tak tau...keluhnya berat.
    "SN,Dato' Abdullah Husin hanya berkomunikasi melalui tulisan, tak boleh bercakap.Dato Shahnon masih menulis meski uzur."Aku mengongsi cerita.Ustaz Nahmar Perlis masih giat berpuisi.Juga ahli masjid Kangar.Berbasikal ke masjid 5 x sehari...penulis seangkatan dengannya.
    Tiba-tiba wajahnya berubah dan mengeluh kesal...yang amat terasa di hatinya, orang politik,YB, menteri langsung tak menjengahnya dalam saat-saat  begini.Terasa dirinya seperti sampah..tiada bernilai...Aku mengiyakan kerana pernah tersua ehwal sebegini...apa maknanya  ?Tepat sekali,habis manis sepah dibuang!
     "Tuan haji,ini ujian untuk kita.Luputkan segala kesalan daripada hati dan mengadu sajalah kepadaNya "
  Sekonyong-konyong tercegat seorang anak muda di hadapan kami.Terperanjat aku.Dulu badannya bulat berisi, cergas membersih karpet masjid, lincah memotong rumput halaman masjid,ceria berbicara bertingkah gurauan....kali terakhir aku menyedari dia menyewa rumah di tepi masjid.Aku terkesima...Z..kenapa?
      "Sakit...jantung...kencing manis....darah tinggi...paru2...hepatitis C...TB?..hari2 pergi hospital...Masya Alloh! Betul-betul ujian..Penulis veteran memberi nasihat semangat...wajahnya menceritakan sedikit keselesaan, ada insan lain yang lebih berat tanggungannya...alhamdulilah tak tersyukur aku..Ya,Alloh janganlah Kau uji kami dengan ujian tak tertanggung oleh kami .Ambil kesempatan ,manfaatkan sihat sebelum sakit .Ya Alloh bantulah kami, hambaMu yang doif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan