Jumaat, 5 Oktober 2012

TERKENANG......

....Masih jelas terbayang di zaman kanak-kanakku sekitar tahun 60-an..perempuan-perempuannya,lebih-lebih lagi perawannya masih berpingit di rumah...ini adalah suatu kebiasaan dan menjadi kebanggaan masyarakat..tidak pasti suasana ini hasil nilai didikan agama atau adat ketimuran..
......pun masih terbayang ,tiba-tiba seorang gadis desaku yang agak lasak dan terkehadapan dengan beraninya telah memecah tradisi ini..dia telah melangkah jauh meninggalkan desa dan menjadi operator kilang yang mula tumbuh di Pulau Pinang..apa lagi meledaklah desaku bagai dihujani bom jangka...generasi tua yang lelakinya,apalagi yang perempuan merasa loya dengan sikap anak dara yang tegar ini...ia menjadi bahan ngomelan warga desa yang sangat panas..ditambah lagi dengan penampilannya yang bertukar 360 darjah...tapi dilakukan secara diam-diam dan penuh kerahsiaan..ada anak desa yang terserempak dan terbeliak matanya melihat sigadis ini memakai seluar panjang..oh..rupanya dia keluar dengan berkebaya @ baju kurung dan menyalin pakaiannya bila mula berada di pinggir desa...wah!wah! satu letupan yang lagi dahsyat! Geli-geleman lah sinenek desa mendengar berita ini..jijik-jijiknya..sampai meludah-ludah..akupun tidak pasti sama ada ini bertitik tolak daripada faham agama atau perlanggaran adat...tiada positifnya lagi akan sigadis bertuah ini..apa lagi bila bapanya adalah dianggap sebagai ahli agama juga..dan perbuatan bapanya yang bungkam membisu lagi membingungkan orang kampung..
......pun terkenang-kenang lagi...sigadis ini dengan hikmahnya telah mula menghulurkan ringgitnya kepada ibunya..mula bertatih membeli kerusi-meja ,almari ..dan lagi dan lagi sehingga tertutuplah mulut ibunya...jiran-jiran mula menjenguk perabut asing ini...lama-kelamaan ,beransur-ansur berubahlah persepsi orang kampung terhadap gadis yang dulunya amat jijik di mata mereka..dan ahli kilangpun mula bertambah..redalah ribut taufan mual kepada gadis ini..orang mula nampak hasilnya..dengan tiba-tiba kalam merekapun berubah..
.......alkisah. nenek saudaraku yang bermati-matian mempertahankan konsep wanita  sepatutnya di dapur dan menyinga bila cucu lelakinya hendak menikahi anak pak imam yang juga gadis kilang!...dan masa berlalu..cucu nenek saudaraku juga. mula menjadi minah kilang...perlahan-lahan hujung bulan mulalah dia belajar menghulur..nah apalagi tertutup jugalah mulut si tua ini...dan berubah jugalah kalamnya..masih aku terngiang-ngiang.perkataannya dalam nada keriangan.".alah daripada memerap di rumah, lebih baik keluar kampung boleh juga tampung-tampung" akupun tak pasti siapa yang mengajar dia berubah..dan adakah perubahan ini direstui oleh syarak atau tidak....dan pernah aku mendengar daripada ulama juga iaitu..antara usaha ahli batil ialah mengeluarkan sebanyak mungkin wanita-wanita muslim dari rumah mereka !
.......sekarang umurku dah mendekati angka 60...segala-galanya sudah bercanggah arus...gadis yang ku sangka manis berbaju kurung mugkin kolot dimatamu....kalau kau keluar rumah,di mana saja matamu tumpah..tiada pandangan lain selain wanitanya" berjin "..tiada mual lagi..jauh dripada jijik..itulah trend biasa..fesyen elegan terkini...bukan mungkar lagi...malah rasanya wanita berjin lebih banyak daripada lelakinya....kalau dulu..ini adalah pakaian.."amoi"..sekarang bezanya "amoi" muslimah bertudung..pernah juga aku mendengar luahan ulama 30 tahun yang lampau " penjualan bundle juga termasuk strategi ahli batil untuk melupuskan pakaian wanita muslim." aku tidak membuat kajian tentang perkara ini. dan di antara gejala akhir zaman juga perkara batil dianggap haq dan perkara haq dianggap batil....marilah kita kembali berusaha menghidupkan suasana agama ,moga-moga dengan suasana tersebut manusia akan berbondong-bondong kembali mengamalkan agama Alloh SWT..Demikian halusnya usaha pihak batil mewujudkan suasana anti-agama secara  tidak disedari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan